Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sumbangan Misi Ulama Ke Mekah Tidak Sama Bayaran Umno Kepada Apco

SHAH ALAM 2 Okt - Misi 40 ulama seluruh negeri Kelantan bermunajat di Mekah berhubung isu royalti minyak tidak sama seperti tindakan Kerajaan Pusat pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mengambil dana rakyat untuk membayar RM77 juta kepada syarikat Zionis-Israel, Apco Worldwide.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan di Selangor dan Kuala Lumpur, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata ulama muda Umno diseru supaya kembali kepada niat asal mereka menyertai parti itu iaitu untuk memperbaiki dan menjadi penegur kepada pemimpin dari dalam.
Wan Johari membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU ), Fathul Bari Mat Jahya di dalam sebuah portal berita yang disiarkan baru-baru berhubung komentarnya mengenai Misi Munajat Royalti Rakyat yang dicadangkan oleh seorang Exco kerajaan negeri Kelantan.
"Penghantaran 40 orang ulama ini, menggunakan duit derma dan sumbangan orang ramai. Tidak ada satu sen pun dari tabung dana kerajaan negeri, yang merupakan harta rakyat Kelantan."Kami melihat, tindakan ini tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan ini, tidak seperti mana larangan nyata mengenai nas  pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno.
"Kami  berharap ulama muda Umno ini kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu memperbaiki Umno dan mahu menjadi penegur parti itu dan bukannya memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan parti yang berasas perkauman," kata Wan Johari dalam satu kenyataan Khamis lalu.
Sehubungan itu, Wan Johari mengumumkan jawatankuasa itu akan mengadakan satu majlis  bagi meraikan rombongan misi 40 ulama itu yang akan bertolak ke Mekah pada 28 November depan.

0 Komen pengunjong :