Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tan Sri Khalid Arah PBT Ketepi Surat Sokongan

Kerajaan Selangor akan mengedarkan Surat Pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung pengeluaran surat sokongan oleh wakil rakyat dan ahli majlis.
 Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata surat pekeliling itu bertujuan mengarahkan PBT supaya tidak mengambil kira surat sokongan dalam pemberian  kontrak atau tender kepada sesebuah syarikat kontraktor.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor juga telah meminta Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri untuk menghasilkan rangka garis panduan membabitkan pengeluaran surat sokongan.
 “Garis panduan ini akan memberi definisi yang jelas apa yang dimaksudkan hubungan kekeluargaan, saudara mara, adik beradik antara pihak yang mengeluarkan surat sokongan dengan pemilik atau pekerja syarikat yang disyorkan.
 “Garis panduan ini juga akan membolehkan Ahli Majlis mempertahankan diri jika didakwa melakukan kesalahan salah guna kuasa atau penyelewengan,” katanya.
 Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, hari ini.
 Menteri Besar sekali lagi menegaskan Ahli Majlis tidak digalak mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan kecuali surat sokongan untuk bantuan kebajikan.
 Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mengenai surat-surat sokongan yang telah dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya selepas laporan penuh diperoleh yang dijangka dalam waktu terdekat ini.
Menteri Besar berkata,  pengeluaran surat sokongan adalah budaya yang diwarisi dari pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan sukar untuk dihapuskan dalam sekelip mata. Malah, surat sokongan masih diperlukan untuk bantuan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.
 Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan surat sokongan tidak disalah guna untuk kepentingan kroni.

0 Komen pengunjong :