Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Media Milik Umno Putar Belit Kenyataan Nik Nazmi

SHAH ALAM 26 Ogos - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenyataan beliau mengenai pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia telah diputarbelitkan oleh laporan New Straits Times yang kemudiannya telah dipetik oleh Bernama tanpa menghubungi beliau.
"Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa syariah adalah menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.
"Dalam 17 Perkara Dasar KEADILAN, termaktub pendirian KEADILAN dalam hal agama iaitu 'Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan'," katanya dalam satu kenyataan media.
NST dalam laporannya pada 23 Ogos lalu melaporkan Nik Nazmi sebagai berkata hukum hudud adalah tidak munasabah kerana Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas undang-undang jenayah terletak pada Kerajaan persekutuan dan mahkamah sivil.
Menurut Nik Nazmi apa yang dimaksudkan beliau adalah pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai antara KEADILAN, PAS dan DAP pada Disember 2009.
Katanya dasar bersama itu jelas menekankan prinsip memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.
"Pakatan Rakyat juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.
Menurutnya lagi, dalam temubual beliau pada Januari tahun ini dengan sebuah laman web, The Nutgraph, beliau juga telah  menegaskan kepentingan menghormati mahkamah syariah, serta Perkara 121(1)(a) dalam memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Jelas beliau, isu itu juga telah dikupas dalam dua bab dalam buku beliau bertajuk 'Mendepani Zaman' iaitu mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari tradisi kesederhanaan Islam di nusantara dan mempertahankan muafakat Perlembagaan mengenai peranan mahkamah syariah yang hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

0 Komen pengunjong :