Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Julang Maruah Negara

SHAH ALAM 31 Ogos — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat perlu sedar dan memahami erti kemerdekaan berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-53, beliau menyeru rakyat berikrar untuk memperbaiki diri demi menjulang maruah negara.
“Sejarah sudah cukup membentangkan banyak pengalaman tentang jatuh bangun peradaban dan ketamadunan untuk kita jadikan teladan bersama.
“Ia tidak ada pada semangat yang membabi buta, tetapi ada pada keinginan kuat manusia untuk menegakkan kemulian insan melalui jaminan kebebasan dan daya untuk mencapai keadilan.
“Inilah sebuah negara dan masyarakat madani yang harus kita laksanakan," kata beliau dalam mesej Hari Merdeka. 
Abdul Khalid berkata rakyat juga perlu mengakui wujud pelbagai bentuk usaha dalam mencapai kemerdekaan negara.
“Sama ada kita bersetuju atau tidak, kita perlu menerima cita-cita dan kaedah perjuangan yang di bawa.
“Kemerdekaan adalah cita-cita besar rakyat pada zaman itu. Terlepas apa juga perbezaan dalam realiti jamak sosio-masyarakat kita, Merdeka adalah lambang sebuah keberanian kita untuk mengambil tanggungjawab terhadap negara sendiri,” ujar Khalid lagi. 

0 Komen pengunjong :