Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno mahu Taib Mahmud berundur segera

idris_ahmad KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Umno terus memberi tekanan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan dan berundur dari jawatan ketua menteri Sarawak.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, ini kerana BN telah mengalami kekalahan memalukan dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu yang lalu.
Katanya, tekanan ke atas Taib sama seperti yang dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu dituduh sebagai punca kekalahan BN dalam pilihanraya umum 1999 dan 2008.
"Tekanan ini begitu jelas kerana sebaik sahaja presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan kesediaanya untuk berundur,
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan pantas membuat sindiran kepadanya dengan mengatakan; “Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia ( Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Idris.
Ketua penerangan PAS itu mendakwa, pergolakan dalaman BN ini begitu menekan rakyat Sarawak kerana negeri berkenaan adalah satu-satunya negeri yang belum ada cawangan Umno berikutan masyarakat Melayu bersatu dibawah  Parti Bersatu Bumiputera (PBB).
Katanya, kewujudan PBB membukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti Melayu dan keadaan ini mencabar Umno yang kini sedang mencari negeri baru untuk membina kubu terakhirnya.
"PAS melihat kejatuhan Taib  akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.
"Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas," katanya.
Di Semenanjung, kata Idris telah banyak kubu BN yang ditawan Pakatan dan bakinya kini sedang bertungkus lumus mempertahankan kemenangan tipis mereka.
PAS yakin, keghairahan Umno yang kini sedang bercita-cita menjadi parti paling dominon dalam BN sedang diperhatikan oleh rakan-rakan komponennya yang begitu kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang kini semakin angkuh selepas mereka menguasai majoriti besar kerusi Parlimen BN pada pilihanraya umum yang lalu.

0 Komen pengunjong :