Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sambutan Merdeka Dicemari Tindakan Fitnah Umno-BN Apikan Sentimen Perkauman

SHAH ALAM 31 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 hari ini seolah-olah tidak mempunyai jiwa kerana masih ada pihak yang meniupkan api perkauman yang dikhuatir boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. 
“Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi hakikatnya ia kosong tanpa amalan.
“Tidak ada guna bercakap soal perpaduan kaum jika masih ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman.
“Malah tidak ada gunanya mengaku antiperkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakkan sikap membenci antara kaum dan agama,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Merdeka bermaksud bebas daripada segala penindasan dan pengekangan hak hak termasuk undang-undang zalim.
“Erti Merdeka amat penting kepada kita semua kerana ia mencerminkan kematangan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran khususnya dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan kaum.
“Merdeka juga bererti kita bebas daripada undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan banyak lagi undang-undang yang bersifat antirakyat dan antikebebasan.
“Malah, Merdeka juga sepatutnya bererti Malaysia bebas daripada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, diskriminasi dan perkauman. Merdeka bermaksud rakyat hidup aman damai tanpa rasa takut,” katanya.
Tambah beliau, parti DAP sentiasa berjuang dalam usaha mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang dan keadilan untuk rakyat.
“DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjamin hak-hak setiap rakyat di negara ini.
“Tetapi malangnya usaha dan semangat yang kita lakukan ini cuba dipatahkan oleh pihak yang tidak mahu melihat masyarakat hidup dalam suasana harmoni dan kasih sayang,” kata beliau.
Beliau juga kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin Barisan Nasional menabur fitnah terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat.
“Saya sendiri pernah menjadi mangsa fitnah dan pembohongan Utusan Malaysia dan pemimpin BN.
“Selain itu, kawan-kawan saya dalam DAP termasuk Tony Pua, Teo Nie Ching, Teresa Kok dan beberapa pemimpin Pakatan lain turut menjadi mangsa,” katanya.
Guan Eng juga berkata, DAP akan tetap meneruskan agenda untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini walaupun ditentang kerajaan BN.

0 Komen pengunjong :