Oleh - Karim Raslan
Sejak bila jersi bola sepak hanya sebagai suatu jersi dan bila pula sesuatu seperti itu berupa menjadi jahat dan berunsur setan?
Kontroversi mengenai jersi bola sepak Manchester United (dan lain-lain) mungkin masih tampak bodoh dan semberono – sesuatu yang diadun oleh para Mufti kanan dalam pasca Piala Dunia. Sesungguhnya, isu itu menjadi sangat serius. Lebih dari itu, tumpuan dalam perbezaan asas masyarakat Melayu – menyerlahkan ketandusan isu penyatuan Melayu.
Isu teras adalah jelas dan mudah: Melayu Malaysia perlu menentukan di mana kita melakar garisan dan kuasa ulama. Ia menjadi jelas dengan ramai Melayu, kebanyakan menyokong Pas, sudi untuk menyerahkan segalanya kepada ulama. Menariknya, terdapat Melayu dalam Pas – pada prinsipnya ‘puak Erdogan’ – yang mempersoalkan ulama.
Di sebelah satu lagi, ramai kalangan bukan ahli Pas yang lain, Melayu mahu had yang jelas dalam kuasa batas waktu tokoh-tokoh agama ini. Diperdebatkan bahawa perbezaan ini (yang wajar diungkapkan sebagai perpecahan) antara golongan masjid dan istana terletak atas landasan pertembungan Pas dan UMNO.
Pada masa sama, Anwar Ibrahim dari PKR mewakili yang lain, pandangan alternatif mengenai kuasa perintah masyarakat Melayu – meletakkan rakyat sebagai sumber kedaulatan politik. Ada masanya apabila UMNO – pada awal pentadbiran Tun Mahathir – menjadi lebih egalitarian dan waspada dalam pengaruh feudal oleh Istana. Namun, kegembiraan melampau Putrajaya dalam kuasa dan pejabat Perdana Menteri menjadikan UMNO sebagai etos bangsawan yang sebelum ini hanya dinikmati era Tunku Abdul Rahman.
Personaliti memainkan peranan kritikal dalam politik Melayu, terdapat perbezaan ideologi yang menopang tiga parti Melayu utama ini. Tentangan mengenai jersi bola sepak ini mendedahkan spektrum Melayu.
Segelintir Melayu menyokong pengharaman, manakala sejumlah besar menolak secara menyeluruh idea itu. Namun, apa yang terserlah bukan mengenai kontroversi itu, tetapi maklum balas berbeza masyarakat yang menunjukkan puak. Lebih dari itu, ia memperlihatkan sukarnya, 'Penyatuan Melayu' - UMNO dan Pas untuk direalisasikan. Masyarakat menjadi semakin berbeza-beza untuk diletakkan dalam mana satu model sosiopolitik.
Sebenarnya ini sudah lama. Melayu di Malaysia banyak pecahan kecil seperti Minangkabau, Jawa dan Bugis. Namun rakyat Indonesia dari masyarakat ini tidak ditakrifkan sebagai “Melayu”.
Seruan untuk UMNO dan Pas bekerjasama (menariknya mereka selalu meminggirkan PKR, atau mana-mana parti Bumiputera Malaysia Timur) berpunca dari kesalahfahaman asas mengenai etnik dan politik, apatah lagi dek ketakutan dan ketidakpercayaan bukan Melayu. Ia sangat mengganggu, untuk melihat orang Melayu yang menentang UMNO dan Pas bersatu, kita tidak harus, seperti yang dikatakan Edward R Murrow, kelirukan penentangan dengan ketidaksetiaan.
Lebih dari itu, kita berhutang kesetiaan lebih tinggi kepada Malaysia, dan ini menjangkau sempadan etnik. Apa mesej kita sampaikan kepada bukan Melayu apabila memberi keutamaan kepada bangsa sendiri dalam projek nasional?
Ini akan mencetus kemusnahan UMNO dalam jangka panjang. DNA kedua-dua parti pada asasnya berbeza, dan UMNO mungkin boleh terus kekal dalam kuasa jangka pendek, kerjasama dengan Pas boleh menjadi bala. Jika UMNO mahu terus kekal, perlu berhenti mendengar suara-suara konservatif seperti Ibrahim Ali dan Mufti Perak.
UMNO perlu menyedari perbezaan pendapat sukar dielakkan dalam masyarakat Melayu kerana ini akan menggandakan dan berkembang sebagai trend demografi berterusan untuk kebaikan Melayu. Mereka perlu dihormati daripada terus menerus ditekan.
UMNO perlu mengiktiraf bahawa punca kuasa daripada kepimpinan berprinsip dan bijak rakyat Malaysia, dan dasar-dasar serta tindakan harus disalurkan kepada projek nasional. Parti itu harus lebih memperkukuhkan reformis dan tidak membiarkan mereka terhuyung-hayang seperti sebelum ini.
Ini akan dilakukan bagi memastikan UMNO terus kekal sebagai kerajaan, daripada tanggapan silap dan hilang arah mengenai “Penyatuan Melayu”.
- Sinar Harian
0 Komen pengunjong :