KUALA LUMPUR:
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal Menteri Besar Terengganu, Datuk
Seri Ahmad Said menyatakan tidak ada pembangunan perumahan mampu milik
disediakan di kawasan BN kalah.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bermakna Ahmad bukan
menjadi MB kepada hampir 48.48% rakyat Trengganu yang telah menolak BN.
Katanya, bermakna juga Ahmad seolah-olah mengatakankan hanya separuh
sahaja Trengganu yang akan dibangunkan iaitu di kawasan yang BN menang
sahaja.
Malah beliau mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu
tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum
ke-13 Ahad lepas.
Ahmad dilaporkan berkata rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan
perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
“Inilah sikap pemimpin BN yang bebal dengan rakyat yang menolak BN.
Sikap yang sama juga dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk
Sri Ali Rustam apabila kalah di Parlimen Bukit Katil yang merakamkan
kekesalan kepada rakyat yang menolak beliau dalam PRU13.
“Kami
sangat kesal dengan sikap bebal yang jelas menunjukkan bahawa sebenarnya
BNlah yang tidak boleh menerima kekalahan lalu rakyat menjadi mangsa,”
ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan.
Tambahnya, sikap mendera rakyat apabila tidak menyokong BN semacam menjadi sebati dalam pemikiran politik pemimpin BN.
Jelas sekali, katanya sikap tidak demokratik malah sangat berbau
politik tidak berrtamadun ini terserlah apabila seorang MB yang baru
mengangkat sumpah akan berkhidmat kepada seluruh rakyat di hadapan
Sultan tiba-tiba mangatakan "pembangunan akan diteruskan seperti yang
telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di
kawasan Dun yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang
dimenangi BN".
Ini, katanya bermakna lafaz sumpah perlantikan
MB untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat yang terkandung dalam lafaz
angkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu adalah suatu pembohongan dan
pengkhianatan bukan sahaja menyalahi Perlembagaan negeri malah
mengkhianati Sultan sendiri.
Menurutnya, ini adalah
pengkhianatan kepada janji yang pertama dilafazkan oleh seorang MB yang
merasa terancam apabila hampir separuh rakyat Terengganu yang mengundi
pada PRU13 menolak BN.
“Perdana Menteri harus menjelaskan
adakah ini dasar pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri-negeri
yang diperintah oleh BN,” katanya.
Tambahnya, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN ini menandakan
natijah dari keputusan PRU13 telah menonjolkan pendirian dendam kepada
rakyat.
“Kami mendesak samada PM memperbetulkan sikap Ahmad Said ini dan
mengarahkan kenyataan itu ditarik balik atau mengesahkan bahawa inilah
sikap yang diamal oleh semua pemimpin BN di negeri yang ditadbir oleh
BN.
“Berdalih bahawa kenyataan Ahmad Said disalahfahami dan
diputar belit tidak akan menyelesaikan isu ini selagi pendirian yang
jelas dari PM tidak dikeluarkan,” katanya lagi.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
14 hours ago
0 Komen pengunjong :