Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tiada tsunami Cina - Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Keputusan Pilihan Raya 2013 sebenarnya menunjukkan refleksi kawasan bandar dan luar bandar dan bukannya berdasarkan kepada pecahan kaum, kata Tan Sri Shahrir Samad dipetik laporan akhbar Cina.
Kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilihat tidak selari dengan partinya, iaitu beberapa hari selepas bekas timbalan menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, turut menepis keputusan pilihan raya baru-baru ini adalah disebabkan “tsunami Cina”.
“Umno menang di 88 kerusi dalam pilihan raya kali ini yang kebanyakannya daripada kawasan pendalaman di Sabah, Kedah dan Kelantan,” kata Shahrir dipetik laporan Sin Chew Daily hari ini. “Daripada keputusan itu, selain mengatakan perpindahan pengundi Cina, ia seharusnya dinilai dari aspek berbeza, iaitu perbandingan bandar dan luar Bandar.”
Shahrir turut berkata kehendak komuniti Cina juga serupa seperti pengundi kumpulan lain, apabila berkata pilihan raya perkara pokoknya adalah pertandingan antara BN dan PR.
“Ada pihak mengatakan apa lagi Cina mahukan, apa yang Cina mahu sama seperti pengundi mahu, kerajaan dengan prestasi dan tata kelola yang baik.
“Ramai pengundi Cina memilih calon PAS tidak bermakna mereka sokong PAS nak laksana hudud, tapi kerana mereka yakin Pakatan Rakyat, kerana pilihan raya adalah masa untuk memilih antara BN ataupun PR,” katanya.
Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.
Saifuddin dalam kenyataannya juga berkata tajuk itu tidak seharusnya dikeluarkan, kerana Najib telah bercakap mengenai “pembaikan negara dalam ucapan kemenangannya”.
Shahrir turut bercakap mengenai cadangan pengerusi BN untuk perkara itu, sambil menambah keutamaan harus diberikan kepada pemisahan bandar dan luar bandar.
“Bila bercakap soal pemulihan negara, adakah ia antara kumpulan etnik, komuniti, bandar luar bandar ataupun Malaysia Barat dan Timur? Bagaimana ia akan dilaksanakan?” katanya dipetik Sin Chew.
“Bagi saya, apa yang perlu dilakukan bukan pemulihan perkauman, namun masalah bandar luar bandar, terutamanya dengan kumpulan berpendapatan rendah sederhana di kawasan bandar terus meningkat, walaupun kumpulan berpendapatan rendah dijaga rapi, kumpulan berpendapatan sederhana tidak menerimanya, mungkin menyebabkan kumpulan ini tidak gembira.”

0 Komen pengunjong :