KUALA
LUMPUR, 23 April — Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk
menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional
(BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno hari ini.
Bekas
menteri besar Selangor yang diketahui popular dikalangan penyokong Umno
terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan
penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu
Melayu parti itu.
“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara
konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” kata bekas
menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada The Malaysian Insider.
“Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi
penting.”
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu
menerangkan, Muhammad, yang dikenali sebagai “Mat Tyson”, boleh membantu
PR masuk ke kawasan pendalaman Melayu dan menarik pengundi Umno untuk
menyokong PR.
“Adalah baik untuk kita melawan kempennya dan menerangkan
keputusannya … ia menambah lebih kerja kepada kita,” kata Mohd Khir, dan
menambah penyertaan Muhammad kedalam PAS tepat pada waktunya dan
memberikan kelebihan kepada PR.
Beliau memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak memandang
ringan penyertaan Muhammad dan mendesak pemimpin agar memerhatikan
dengan dekat kempen Muhammad agar tidak mengalihkan undi Melayu.
PAS semalam mengumumkan keahlian Muhammad dalam satu ceramah besar di
Shah Alam, satu langkah memperkukuhkan lagi perlawanan PR untuk
mempertahankan Selangor.
Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan
utama dalam parti, disamping pernah menjadi menteri besar Selangor dari
tahun 1986 hingga 1997 mengatakan semalam Malaysia dan Selangor
membangun di bawah BN tetapi menegaskan masa sudah tiba untuk berubah.
Difahamkan Muhammad akan menjelajah Selangor untuk membantu kempen PR
dikawasan pendalaman Selangor dimana PKR-PAS-DAP gagal untuk tembusi.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bersetuju
Muhammad masih lagi mempunyai sedikit pengaruh dikalangan pengundi
Melayu Selangor terutamanya penyokong Umno lebih tua tetapi menafikan
cadangan mengatakan beliau menjadi ancaman kepada gabungan itu.
“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah
menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad)
yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd
Zin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada bekas perdana menteri
yang masih berpengaruh itu.
Bekas menteri kerja raya itu percaya, majoriti pengundi sudah terlupa
tentang bekas rakan Umnonya itu sementara pengundi lebih muda,
demografi yang menjadi kunci dalam menentukan keputusan pilihan raya 5
Mei, tidak mengenali siapa dirinya.
Beliau juga menafikan Muhammad boleh membantu PR untuk menembusi kubu kuat Melayu mereka.
“Mereka adalah penyokong kuat kami, pengundi luar bandar akan selalu bersama kami,” katanya.
Pengundi percaya, BN akan bergantung kepada pengundi Melayu untuk
merampas semula Selangor, negeri paling kaya dalam negara pada pilihan
raya 5 Mei.
Sedikit perubahan dalam corak pengundian etnik terbesar dalam negara
itu dan undi Cina pada 2008 telah menyebabkan BN kalah di Selangor,
pertama kali dalam sejarah negara semenjak merdeka, akan tetapi taktik
perkauman Umno berjaya menarik kembali orang Melayu menyokong mereka.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
0 Komen pengunjong :