PUTRAJAYA:
Melihat sambutan warga Putrajaya semakin hangat hari ke hari kepada
calon PAS Datuk Haji Husam Musa, Umno mula melancarkan serangan terhadap
beliau.
Dan orang yang melancarkan serangan ini bukan calang-calang orang tetapi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemungkinan
melihat Tengku Adnan semakin lemas tatkala Husam semakin disambut di
Putrajaya, Muhyiddin semalam menyerang Husam dengan mempersoalkan
rasional Naib Presiden PAS itu bertanding di dua negeri, Kelantan
mempertahankan kerusi Salor dan Putrajaya.
Muhyiddin juga mengeluarkan teori pelik menyatakan bahawa Husam disisihkan di Kelantan dan sebab itu diletakkan di Putrajaya.
"Kita
(BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja...orang Putrajaya ni
mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan,"
kata Muhyiddin.
Serangan Muhyiddin datang apabila beliau
ditangkap menipu di TV3 berkata BN menang percuma di Senggarang, walhal
di sana menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan BN.
Sementara itu, Page Facebook P-125 Putrajaya milik Husam menjadi perbualan hangat di Facebook.
Dalam
masa seminggu sahaja berjaya menarik lebih 19,000 peminat dan lebih
35,000 sedang mengikuti perkembangan kempen Husam di Putrajaya.
Perkembangan
ini menyebabkan Umno tidak senang duduk. Kesemua tempat yang dilawati
Husam diberikan sambutan yang sungguh menggalakkan.
“Husam
walaupun orang baru, kami dah rasa dekat. Tengku Adnan dah memang orang
lama – Kehadiran Husam ini seperti kita mencuba benda baru sebelum
membeli. Rasa dah terpikat sekarang tinggal nak bayar sahaja,” kata
seorang penduduk Putrajaya bernama Affendi Mohamad kepada Harakahdaily.
Semasa
PRU 2008, Tengku Adnan menang dengan majoriti 2,734, dengan mendapat
4,038 undi berbanding calon PAS Mohd Noor Mohamad yang hanya mendapat
1,304 undi.
Apakah Husam dapat mencabar Adnan? Dengan situasi dan
mood rakyat Putrajaya sekarang, nampaknya di sini sudah menjadi satu
pertandingan sengit, dan bukannya seperti dulu ‘sure win’ untuk Umno.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
semoga Allah beri pertolongan dengan hijrah ini lawan tetap lawan pihak lawan nampak macam kena sawan
ReplyDeleteteruskan perjuangan mara kedepan