Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS bidas ‘fatwa’ Utusan yang kata haram sokong DAP


KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Fitnah Utusan Malaysia melalui kenyataan seorang guru pondok yang juga penceramah pro-UMNO adalah salah kerana berasaskan fakta yang salah dan melanggar bidang kuasanya tanpa mengikut hukum-hukum Islam.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, membidas kenyataan guru pondok itu yang disiarkan di muka depan Utusan hari ini kerana ia dibuat tidak mengikut hukum tetapi untuk menyenangkan hati para pemimpin UMNO.

Sepatutnya (keluar hukum itu) bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenyataan beliau tidak berdasarkan maklumat yang tepat, hanya (berdasarkan) satu pihak sahaja untuk mengelurkan hukum.

Kalau kita lihat, penentangan MCA tentang hudud lebih hebat daripada DAP sehingga beri amaran kepada UMNO (jika menyokong hudud),” katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan guru pondok pro-UMNO itu sebagai tidak bermaklumat serta tidak sahih dan tidak perlu bagi PAS untuk melayannya.

Dalam perkara serupa, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Yunus mengingatkan guru pondok tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang “boleh diketawakan oleh orang kampung”.

Menurut laporan Harakahdaily, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian turut menyebut, “Kenyataan yang dikeluarkan itu sudah jelas menggambarkan UMNO benar-benar kepupusan idea untuk berdepan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.”

Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO dalam laporan muka depannya memetik kenyataan guru agama pro-UMNO itu sebagai mendakwa DAP sebagai kafir harbi kerana “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta perlaksanaan hudud.”

Laporan Utusan itu bagaimanapun menyatakan bahawa MCA sebagai “bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya”.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah beberapa kali dilaporkan oleh media arus perdana sebagai menghina hukum hudud yang dikatakannya akan membawa kemusnahan kepada Malaysia kerana ia adalah hukum yang kejam. 

-/Roketkini.com
.

1 comment :

  1. Kalu nak bandingkan antara MCA ngan DAP, rasa nya MCA dan Gerakan lebih teruk lagi. MCA terang2 ugut akan keluar dari BN, jika UMNO jalankan undang2 Hudud.Takut UMNO kalau MCA keluar dari BN siap sanggup bagi kerusi tambahan lagi. Gerakan terang2 keluarkan Melayu dari Penang. Pemimpin DAP lebih sanggup berkorban masuk penjara demi menyelamatkan maruah anak gadis di Melaka dari di Rogol oleh pemimpin UMNO. Presiden MCA pun pelakun filem prono lagi...

    ReplyDelete