KUALA
LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad
Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga
timbulnya krisis terbabit.
Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab
memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun
80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim
dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong
dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.
Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong
terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.
Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS)
antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad
pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar
pendatang haram.
“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.
“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di
hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur
Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Peranan Megat Junid
Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam
Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai
tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis,
dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka
Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos
projek terbabit.
“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa
atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes
petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.
Sementara
itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam
Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno
Bahagian Sembulan.
Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan
gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.
“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.
Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.
Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen
Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera
Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan
negara Tan Sri A Samad Said.
Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk
produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15.
mana mahu lari ooiiii mahathir
ReplyDeleteMAMAK KUTTY DLM SITUASI YG AMAT TAKUT SEKARANG NI. RATA2 RAKYAT DAH SANGAT MARAH DGN PROJEK IC NI. LEPAS PRU 13, MAMAK AKAN DIKEJAR UTK JAWAB BUKAN SAJA PROJEK IC, TAPI JUGA INSIDEN MEMALI DAN BANYAK LAGI. HARTA BERBILION AKAN DIRAMPAS DAN DISERAH SEMULA KEPADA RAKYAT.
ReplyDeletePRU 13 : RAKYAT VS BN