Kontrak MAS-Petron: Najib kecut lawan Mahathir


KUALA LUMPUR 23 Julai: Najib Razak tidak akan pernah berani menegur amalan tender terus pembekalan minyak Petron kepada syarikat penerbangan MAS, kerana wujud pengaruh kuat bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Azan Ismail.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Najib juga menikus berhadapan Mahathir, sedangkan prosedur membekalkan bahan api itu bercanggah dengan langkah transformasi ekonomi yang diuar-uarkannya.
“Najib tak ada kuasa. Tak ada kekuatan. Tak berani buat keputusan. Ini langsung tak membayangkan kredibilti sebagai seorang Perdana Menteri.
“Dia takut kalau bersuara berlebihan, akan dilihat sebagai menentang Dr Mahathir. Bila dalam keadaan takut, apa keputusan pun takkan dapat menyebelahi rakyat,” katanya dihubungi.
Pada 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas bagi membekalkan bahan api selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation, perusahaan berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan berkata, sebagai pembekal utama bahan api negara, Petron bakal mengaut untung besar melalui jualan runcit minyak dan subsidi langsung kerajaan.
“Pertama, Petron untung dari jualan runcit minyak petrol. Kedua, subsidi dibayar langsung oleh kerajaan ke dalam akaun Petron.
“Sebagai contoh, kalau sebulan 80 juta liter terjual, berapa agaknya keuntungan Petron, kalau subsidi setiap liter antara 90 sen hingga RM1?
“Petron cuma salin kulit (menjenamakan semula) dari Exxon-Mobil sahaja. Tak banyak modal keluar. Berapa besar dia untung?
“Inilah kesannya. Konon nak elak orang seludup minyak, kerajaan bagi terus pada pembekal.
“Kaedah pemberian subsidi tak praktikal. Ada yang ambil kesempatan,” kata Azan merujuk pemberian langsung subsidi bahan api kepada Petron.
.

2 comments :

  1. salam ramadhan... mohon jasa baik utk bertukar link blog ..tq

    ReplyDelete
  2. Jenis Piem tiada telor.Dengan Mamak Kutty pun takut,tiada benda yang dia berani.Dengan Bini lagi takut. Nasiblah malaysia, dapat Piem semua benda takut kecuali sapu duit rakyat.

    ReplyDelete