KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Akhbar British
The Guardian
telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua
Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa
mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen
penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan
sebuah laman web yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan
pembangkang lain di sini.
Dalam
kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan, ia
baru-baru ini mengetahui bahawa Trevino “adalah perunding bagi agensi
yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia
menguruskan sebuah laman web yang dipanggil
Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial
Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan.”
Trevino baru-baru ini telah diupah oleh
The Guardian untuk
menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat. Pelantikannya
menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa
Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu
memecahkan sekatan tentera laut Gaza.
Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada
bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman
Twitter kepada tentera Israel: “Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak
mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik,
kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya.”
Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai “konvoi Nazi”.
The Guardian tidak menyebut apa-apa kritikan, sebaliknya
menegaskan tentang hubungan Trevino dengan “agensi” yang tidak dinamakan
tetapi dikatakan FBC Media, syarikat yang kini tidak lagi berfungsi di
tengah-tengah skandal penetapan berita Malaysia melibatkan BBC dan CNBC
tahun lalu.
“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi
sepatutnya telah diberitahu sebelum tulisan diterbitkan dalam usaha
untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami,” kata Janine
Gibson, ketua editor bagi Guardian AS.
Sebagai tindak balas Trevino berkata: “Saya bersungguh-sungguh
menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang tidak beretika dilakukan dan
saya bersikap terbuka dengan
Guardian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, garis panduan
Guardian semestinya bersifat luas, dan saya bersetuju bahawa mereka mesti dihormati seperti itu.”
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran Presiden George W Bush.
Beliau telah melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Liwat II Anwar di laman web
Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.
Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti
Huffington Post.
FBC Media, syarikat yang dikatakan dirujuk oleh
The Guardian,
telah membuat lapan program untuk BBC mengenai Malaysia gagal untuk
mengisytiharkan ia telah dibayar £17 juta (RM82.6 milion) oleh kerajaan
Malaysia bagi “komunikasi strategik antarabangsa” termasuk liputan
positif tentang kontroversi industri minyak sawit Malaysia.
BBC juga menggunakan FBC untuk membuat dokumentari tentang
kebangkitan “musim bunga” di Mesir tanpa mengetahui firma itu telah
dibayar untuk melakukan kerja perhubungan awam untuk bekas rejim
diktator Hosni Mubarak.
BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf mengenai perkara tersebut.
FBC juga telah didedahkan membesar sehingga dua kali ganda sebagai
firma publisiti untuk kerajaan Najib dan telah dibayar berjuta-juta
pound untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”.
Tetapi kontrak RM94 juta diantara Putrajaya dengan FBC telah tamat
tahun lepas, yang bermula pada tahun 2007, selepas didedahkan
pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program TV kerana
membayar.
The Malaysian Insider telah melaporkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak memberikan kontrak untuk strategi perhubungan
awam, termasuk kepada APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi
beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia.
Akhir tahun lalu kerajaan berkata syarikat perunding imej FBC Media
membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
dan pelaburan semasa perjanjian RM94 juta untuk tiga tahun yang bermula
pada 2007.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu
Parlimen bahawa syarikat media berpengkalan di London, yang sedang
menghadapi kebankrapan, “menyokong usaha pemimpin kerajaan dan
menteri-menteri” untuk menaikkan imej negara di luar negara.
.
0 Komen pengunjong :