Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib perlu segera melaksanakan pilihan raya - Akhbar Singapura


KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Akhbar Singapura, Business Times (BT) hari ini berkata ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 5.4 peratus bagi suku kedua tahun ini namun ia adalah kerana ditampung oleh perbelanjaan domestik, yang mana berkemungkinan tidak akan mampu bertahan selagi pilihan raya tidak dijalankan dalam masa terdekat.
Akhbar perniagaan itu menjelaskan pemegang kuasa ketiga ekonomi di rantau Asia Tenggara itu telah menewaskan jiran-jiran terdekatnya dalam tempoh suku kedua, namun perkembangan itu adalah disebabkan permintaan domestik yang melambung 13.8 peratus berbanding 9.7 peratus sejak tiga bulan pertama tahun ini.
Malah, ia turut berkata dengan perbelanjaan pelaburan meningkat kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus bagi suku pertama dan perbelanjaan kerajaan meningkat 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, peningkatan eksport akan menjadi perlahan, menurun tiga peratus pada suku sebelumnya, dan kini berada pada kadar 2.1 peratus.
“Pemberian-pemberian kerajaan dan pengukuhan perbelanjaan pelaburan di bawah ETP telah membantu merancakkan ekonomi,” kata akhbar berkenaan dalam ruangan Malaysia Insight, merujuk kepada pelbagai program bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan polisi ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Setiap sektor diberikan manfaat dalam program “pemberian” Najib, kata akhbar tersebut, dan rakyat turut berbelanja.
Namun akhbar itu juga turut memberikan amaran kepada Najib bahawa beliau telah mengambil “risiko dan agensi penarafan mula mencengkam lehernya.”
Turut difahamkan Bank Negara turut menjangkakan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu ekonomi negara walaupun “risiko-risiko kerugian datang daripada pembangunan luar kekal”.
Akhbar itu turut mencadangkan agar Najib segera melaksanakan pilihan raya daripada menunggu mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan tamat April depan.
“Rakyat semakin bosan dengan politik yang berlarutan.
“Perdana menteri juga tidak perlu tangguh lagi dan segera melaksanakan pilihan raya,” katanyayang turut merasakan ekonomi Malaysia mungkin tidak akan berkembang sehingga tahun hadapan.
.

0 Komen pengunjong :