Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Langkah pinda AUKU hanya satu 'retorik'

NONEKetika seorang pelajar universiti menunggu sesi pendengaran tatatertib kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu, keikhlasan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipersoalkan.

Apakah ini, soal ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam, langkah perdana menteri untuk meminda AUKU bagi membenarkan kebebasan akademik yang lebih besar?

"Komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib, kononnya mahu meminda Seksyen 15 AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong," katanya

Menurut Anwar lagi, perkembangan membabitkan Adam Adli (kanan), mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU, sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

Beliau menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa dan mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut, tegas Anwar,  jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Insiden itu berlaku pada 17 Disember lalu apabila kira-kira 500 orang - kebanyakannya pelajar - berarak ke ibupejabat Umno di Kuala Lumpur menuntut kebebasan akademik.

Di sana, Adam (kanan) telah menukar seketika bendera yang memaparkan wajah Najib dengan sepanduk kebebasan akademik.

Walaupun didesak, tetapi Adam enggan memohon maaf dan unversitinya telah mengarahkannya hadir di sesi pendengaran tatatertib on 9 Januari. Adam turut menerima ugutan dan hampir diserang ekoran tindakannya itu.

Pada 24 November, Najib berjanji di Parlimen untuk meminda Seksyen 15 AUKU, yang akan mengangkat larangan penglibatan pelajar dalam parti politik, kesatuan sekerja dan petubuhan lain.

0 Komen pengunjong :