Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR: Jamil Khir Baharom perlu tampil beri penjelasan


KUALA LUMPUR, 29 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengamalkan ‘double standard’ dalam mempertahankan penyalahgunaan wang zakat didakwa melibatkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Selain itu PKR juga turut mendakwa beberapa individu lain telah dipenjarakan dan dihukum di atas kesalahan yang lebih kecil berbanding Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Jamil Khir perlu tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara sebenar dalam isu penyalahgunaan wang zakat dan bukannya “berselindung” di belakang pegawai kerajaan.
Beliau turut mempersoalkan alasan yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif  (MAIWP) Dr Muhammad Yamin Ismail dengan mengatakan pembiayaan kos guaman Jamil Khir dan dua lagi pegawai kanan agensi itu dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.
“Saya berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
Selain itu, menurut Nik Nazmi, telah berlaku percanggahan maklumat apabila Jamil Khir pernah menafikan penggunaan wang zakat untuk membiayai kos guaman sambil menambah Yamin merahsiakan wang “pendahuluan” RM63,650 wang zakat yang telah disahkan Ketua Audit Negara pada November 2011.
“Dalam kenyataannya, beliau (Yamin) juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah.
“Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka,” katanya.
Semalam Yamin menjelaskan MAIWP menggunakan peruntukan khas kerajaan bagi menjelaskan kos guaman Jamil Khir dan dua pegawai lain dalam kes itu.
Sebelum ini Laporan Audit Negara mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.
Pakatan Rakyat juga turut menyeru Jamil Khir agar tampil untuk membuat penjelasan dan membersihkan namanya dari tuduhan penyalahgunaan wang zakat.

0 Komen pengunjong :