Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Visual Bersih 3.0 oleh KDN propaganda murahan Umno


KUALA LUMPUR : Penayangan visual perhimpunan Bersih 3.0 kepada umum adalah satu lagi propaganda murahan Umno BN untuk mengaburi mata rakyat, kata Fariz Musa.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, beliau percaya visual tersebut telah disunting bagi menunjukkan para demonstran yang menyerang dan memulakan aksi ganas pada perhimpunan 28 April lalu itu.
“Ia bertujuan untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa Bersih adalah perhimpunan tidak aman dan membawa kemusnahan,” kata Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13 kepada Keadilan Daily.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengumumkan orang ramai boleh menonton visual perhimpunan tersebut di laman web Kementerian Dalam Negeri mulai Rabu ini.
Sehubungan itu, Fariz menyeru sekiranya tayangan visual itu nanti hanya menayangkan gambaran ganas para peserta, maka rakyat harus menolak dengan rasional kerana banyak bukti menunjukkan segala keganasan berpunca dari polis dan bukan peserta perhimpunan itu.
“Apa pun yang berlaku pada 28 April, kami menyalahkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan polis, bukan peserta yang datang kerana saya yakin mereka tidak akan memulakan keganasan,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerbitkan DVD ‘Merdeka Rakyat’, sebuah dokumentari video yang menghimpunkan rakaman Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0.
Lebih 10,000 unit DVD dicetak dan diedar ke seluruh negara mulai 11 Mei lalu.
Antara kandungan DVD 45 minit itu ialah penerangan tentang lapan tuntutan Bersih 3.0, selain rakaman provokasi dan keganasan yang dibuat pihak berkuasa terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Kita nak tunjukkan kepada orang awam yang tak sempat datang Himpunan Bersih 3.0 dan jelaskan apa yang berlaku,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edi Nor Riduan.
DVD yang berharga RM5 seunit itu boleh didapati dengan menghubungi Sekretariat SAMM di talian 010-2675872 atau melalui emel di alamat edyesdotcom@gmail.com.
.

0 Komen pengunjong :