Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tak malu perlekeh Pakatan Rakyat tapi kemudian tiru

KUALA LUMPUR 5 Jun: “Najib tak malu, dalam memperlekehkan Pakatan Rakyat, diam-diam meniru satu persatu,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bertanggungjawab adalah yang memulangkan hasil kepada rakyat dan bukan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan atau akhirnya memudaratkan negara.
Najib turut memberi contoh janji pihak tertentu (Pembakang) yang hendak menurunkan harga minyak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan meletakkan gaji minimum yang tinggi.
“Dari awal Disember 2010 ketika Pakatan lancarkan Buku Jingga lagi, Najib berulang kali mengatakan negara akan bankrap dengan segala tawaran yang Pakatan sediakan.
“Dalam diam Najib akhirnya meniru juga apa yang Pakatan laksanakan contohnya bila negeri Pakatan menyalurkan bantuan rakyat antaranya Jom Shopping dan bantuan untuk warga emas, BN juga meniru kaedah yang sama dengan memberi bantuan seperti Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia,” kata Rafizi ketika dihubungi Keadilan Daily.
Rafizi turut memberi contoh apabila Najib menolak cadangan Pakatan yang menawarkan penurunan harga dan pemansuhan tol tetapi dalam diam akhirnya turut berbuat demikian untuk mendapat kepercayaan rakyat.
“Kita tidak bimbang beliau nak perlekehkan cadangan Pakatan Rakyat tetapi apa yang memalukan ialah apabila seorang Perdana Menteri mencuri idea dan berbohong kepada rakyat,” katanya.
“Kita tahu dalam beliau memperlekehkan tapi dia meniru kerana beliau sedar semua cadangan Pakatan adalah hasrat rakyat dan digunakannya untuk mendekati mereka,” kata beliau lagi.
.

0 Komen pengunjong :