Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tarikh PRU: Najib teruskan legasi 'PM penakut'


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 disifatkan sebagai meneruskan legasi perdana menteri sebelum ini yang juga penakut.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Sany Hamzan berkata, Najib hanya nampak gagah perkasa seperti Badang tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan bacul kerana masih lagi terus berahsia.

"Datuk Seri Najib meneruskan legasi ketakutan perdana menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.

"Datuk Seri Najib hanya akan berani membubarkan parlimen setelah petunjuk sokongan telah ‘solid’ untuk Umno dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Sany, Najib pada masa sama sebenarnya sedang melakukan kezaliman kepada parti-parti pembangkang kerana hanya pihak Umno dan Barisan Nasional sahajalah yang mendapat manfaat daripada merahsiakan tarikh tersebut.

Berbeza dengan negara yang dianggap kurang maju dari Malaysia seperti Thailand dan Indonesia, mereka juga lebih berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya mereka kepada rakyat supaya segala proses pengundian akan berjalan lebih lancar.

"Bahkan di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (seperti SPR) telah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan proses pilihanraya secara bebas tanpa campurtangan pihak kerajaan hingga te tahap pemilihan tarikh pengundian.

"Tetapi Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara maju masih lagi memiliki seorang perdana menteri yang berfikiran kuno, sempit  dan ketinggalan zaman," katanya.

Beliau berkata, biarpun Najib masih berahsia, Dewan Pemuda PAS telah mempersiapkan jentera mereka untuk berhadapan dengan pilihan raya pada bila-bila masa.

"Kita ingin memberi ‘signal’ kepada Umno dan Barisan Nasional walaupun mereka terus berahsia tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat tetapi pemuda PAS telah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa," katanya.

0 Komen pengunjong :