Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Melayu lidah bercabang macam Rais memang Anwar tak sayang – Johari


KUALA LUMPUR : Anwar Ibrahim sememangnya tidak pernah menyayangi Melayu yang tidak beradap dan lidah bercabang seperti Rais Yatim, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
“Jika Melayu itu tidak beradab, merompak hasil rakyat dan lidah bercabang seperti Rais Yatim, memang Anwar tidak sayang…” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau membidas dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu semalam bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang tidak sayang Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu malah mendakwa Anwar tidak pernah menyebut soal itu.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, Malaysia mungkin adalah satu-satunya negara yang menyifatkan Melayu itu adalah Islam begitu juga sebaliknya.
Justeru, kata Johari, untuk mengaitkan isu ini, Umno telah memilih untuk menyerang Anwar kerana mereka juga percaya Anwar memiliki personaliti yang cukup terkenal sebagai pendokong Islam.
“Saya mengenali Anwar sejak tahun 1976 di universiti dan beliau cukup dikenali yang sentiasa bercakap tentang Islam.
“Malah beliau seorang pejuang dan antara mereka yang menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sebelum menyertai Umno, jadi kalau dia pertahankan Islam dan Islam itu Melayu apa masalahnya?
“Dahulunya, Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi Umno, malah beliau (Anwar) dipecat dan bukan meletak jawatan, jadi apakah selama berada dalam parti itu Anwar tidak bercakap soal Melayu?” soal beliau lagi.
Menurut Johari lagi, pimpinan Pakatan Rakyat sendiri terdiri daripada majoriti Melayu, jadi tiada sebab untuk mengatakan Anwar tidak mendokong dan tidak sayang Melayu.
Rais sambil menyelam minum air turut menggesa orang Melayu untuk bersatu dan memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Dapatlah disimpulkan di sini matlamat sebenar Rais berkokok adalah bagi meraih semula sokongan kaum Melayu terhadap Umno BN.
.

0 Komen pengunjong :