Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Muhyiddin Perlu Sedar Realiti Sebenar Beza antara PAS dan Umno


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari realiti sebenar perbezaan ketara PAS dengan UMNO, umpama langit dengan bumi. Dalam kenyataan beliau, beliau menuduh peserta Himpunan Hijau dari seluruh negara dibayar oleh PAS untuk hadir.

Tan Sri Muhyiddin membayangkan peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS baru-baru ini sama dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh partinya. Beliau merasakan ahli PAS mudah dibeli dan hanya hadir jika dibayar sebagaimana ahli-ahli parti beliau. Mungkin kenyataan beliau diungkapkan dalam keadaan cemas ketika melihat lautan manusia memenuhi segenap ruang Stadium Darul Aman, yang dianggarkan berjumlah seratus ribu orang. Ini belum dikira dengan jumlah mereka yang berada di luar stadium yang bersesak tetapi tidak berpeluang memasukinya.

Bagi TPM, partinya terpaksa berbelanja sekian banyak bagi menyediakan makanan, pengangkutan, penginapan, Tshirt percuma dan duit kocek bagi mengajak ahli dan penyokong mereka untuk hadir. Mereka tidak akan hadir jika tiada peruntukan-peruntukan kewangan bagi kemudahan ahli-ahli mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang bagi kesenangan mereka sendiri, bukan berjuang untuk rakyat dan mempertahankan ideologi parti mereka.

Berbeza dengan himpunan hijau tempohari, rata-rata ahli dan penyokong PAS yang hadir kerana semangat perjuangan yang tinggi. Mereka hadir memang ‘dibayar’, tetapi dengan duit poket sendiri. Soal penginapan, makanan, Tshirt hijau, duit poket, pengangkutan adalah perkara yang tidak pernah difikirkan akan disediakan oleh pihak penganjur. Malah ahli-ahli dan pemimpin PAS memahami bahawa PAS bukan parti berduit dan bukan tempat untuk ahli dan pemimpin mencari kekayaan.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin tidak boleh membayangkan bagaiman kentalnya semangat perjuangan dan pengorbanan ahli dan pemimpin PAS. Ahli PAS sanggup berkorban sehingga dipenjara, dibunuh, kelaparan, menjadi miskin, dan susah bagi memastikan perjuangan Islam terus tertegak. Ramai ahli PAS yang hidup dan matinya tanpa mendapat sesen pun duit dari parti, apatah lagi bercita-cita menjadi Yang Berhormat atau pemimpin PAS. Kerana itulah PAS terus bertahan berpuluh tahun lamanya meskipun tanpa dana mencukupi dan kuasa untuk memerintah.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

-/buletineonline
.

0 Komen pengunjong :