Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Benarlah ungkapan Tun Ghafar Baba pada Umno


TASEK GELUGOR : Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan.

Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri.

"Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam.

Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit.

Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.

Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat.

"Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran.

"Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya.

Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik.

"Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik.

"Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya.
.

0 Komen pengunjong :