Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri cuba tutup kesalahan polis - PKR


PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba menutup kesalahan polis apabila mendakwa terdapat pihak yang cuba menyebabkan kematian ketika perhimpunan 28 April.

Dua orang naib presiden parti itu, N Surendran dan Nurul Izzah Anwar, mendakwa Hishammuddin bertindak demikian melalui kenyataan yang mengecam Majlis Peguam sebagai pertubuhan yang bersikap prejudis.

"Kenyataan Hishammuddin semalam juga satu bukti tindakan sistematik oleh Kementerian Dalam Negeri, polis dan pemimpin BN untuk memburuk-burukkan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 serta menutup perbuatan tidak mengikut undang-undang oleh polis," kenyataan itu dipetik.

Surendran dan Nurul Izzah berkata, kenyataan "gaya Goebbels" Hishammuddin itu juga melanggar sumpah yang dibuat menteri berkenaan ketika menerima pelantikan tersebut.

Tambahnya, tindakan itu sebahagiannya mungkin disebabkan hubungan langsung Hishammuddin dengan keganasan polis ke atas orang awam dan wartawan dalam perhimpunan tersebut.

Dengan itu, Surendran dan Nurul Izzah berpendapat bahawa satu siasatan bebas mesti dijalankan segera ke atas tindakan Hishammuddin ketika, dan sebelum perhimpunan tersebut.

"Sebelum siasatan tersebut, kami menggesa supaya Hishammuddin digantung daripada jawatan menteri mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

0 Komen pengunjong :