Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas dakwaan pihak tertentu
bahawa kuasa Melayu akan tergugat sekiranya DAP - yang sinonim dengan
kaum Cina - menguasai negara ini.
Beliau menyifatkan dakwaan itu
sebagai "satu pembohongan dan tidak mempunyai asas" yang kukuh
memandangkan DAP hanya bertanding 48 daripada 222 kerusi parlimen pada
pilihan raya umum akan datang.
"Sekiranya mereka menang semua 48
kerusi, mereka tidak perintah negara. Kalau rasa (Melayu) tergugat
dengan 48 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, fakta itu
tidak ada asas.
"Untuk menang membentuk kerajaan,
sekurang-kurangnya menang 112 kerusi, tetapi mereka bertanding 48
kerusi... (Dakwaan) itu satu pembohongan," katanya.
Sebaliknya,
kata Khalid, secara umumnya sebanyak 137 kerusi parlimen akan ditandingi
calon Melayu daripada Umno, PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan
datang.
Menurutnya, jika PAS tewas sekalipun, calon Melayu tetap menguasai 137 kerusi parlimen sama ada daripada Umno atau PKR.
Beliau
menjawab soalan hadirin yang mengutarakan tanggapan kebanyakan orang
Melayu yang beranggapan bahawa DAP akan menguasai Melayu sekiranya
mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain Khalid,
turut dijemput menjadi panelis setiausaha politik kepada setiausaha
agung DAP Zairil Khir Johari, pensyarah Dr Maszlee Malek dan Ketua
Eksekutif Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi (IDEAS) Wan Saiful
Wan Jan.
Guan Eng tekankan hormat perlembagaan
Bercakap dalam forum bertajuk "Islam, Melayu dan DAP" anjuran akhbar
Roketkini.com, isu DAP - yang dianggap sebagai 'chauvanis' - menggugat kuasa Melayu bukan merupakan isu sebenarnya.
Ahli
jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, sebaliknya menegaskan, isu yang
menjadi tumpuan sebenarnya adalah bagaimana mahu "menjatuhkan ahli
politik yang kotor" dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas
perkara yang sama, Dr Maszlee mendakwa penguasaan BN yang mencipta
"stigma" bahawa DAP akan berbuat demikian sekiranya memerintah negara
ini.
"Itu hanya propaganda," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin yang memenuhi Dewan Annex, Shah Alam Selangor petang semalam.
Pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga menegaskan DAP tidak boleh
membuat pindaan perlembagaan jika menguasai negara ini.
Ini
kerana, tegasnya, parti itu memerlukan persetujuan dua pertiga ahli
Dewan Rakyat dan perkenan Raja-raja Melayu untuk berbuat demikian.
Manakala
Zairil pula, beliau tidak menjawab secara langsung perkara itu tetapi
menegaskan sejak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mentadbir parti itu
sejak 2005, Lim menekankan supaya ahlinya menghormati Perlembagaan
Persekutuan.
Tegasnya, hal demikian termasuklah artikel yang menjamin kepentingan orang Melayu, bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu.
.
0 Komen pengunjong :