Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat tidak
membentuk 'kabinet bayangan' kerana tidak mahu mengalihkan isu dan
pandangan rakyat kepada membicarakan perkara yang lebih besar.
Ahli
jawatankuasa Pusat PAS itu berkata pembentukan kabinet itu "ada pro dan
kontra" tetapi tindakan itu dibuat bagi mengelakkan ia menjadi mainan
politik Umno.
"Kita kata Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana
menteri, nanti disebut gila kuasa. Dilantik pula (ahli parlimen Pakatan)
jadi menteri itu dan ini, Umno kata kita gila jawatan, agih-agih
jawatan," katanya.
Sebaliknya, kata Khalid, apa yang menjadi
perkara pokok dan terpenting bagi gabungan parti itu adalah "bukan siapa
yang memegang jawatan, sebaliknya apa dasar yang ingin dilaksanakan".
"Kita
mahu perbahasan tentang dasar. Kita tidak mahu alih isu yang sebenar...
Nanti ada pembunuhan watak (kepada ahli parlimen Pakatan)," tegasnya.
Ketika ini, Pakatan menguasai 79 kerusi parlimen, setelah beberapa ahli parlimen Pakatan yang melompat dan menjadi ahli bebas.
Penganalisis: Sistem tidak menggalakkannya
Khalid menjawab soalan hadirin mengapa Pakatan Rakyat tidak dalam forum anjuran akhbar akhbar web DAP
Roketkini.com yang bertajuk "Melayu, Islam dan DAP" di Dewan Annex, Shah Alam petang semalam.
Turut
hadir sebagai panelis adalah setiausaha politik kepada setiausaha agung
DAP Zairil Khir Johari, pensyarah Dr Maszlee Malek dan Ketua Eksekutif
Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan.
Mengulas
lanjut, Khalid berkata gabungan itu akan memikirkan tokoh yang sesuai
untuk memegang jawatan tertentu dalam kabinet sekiranya mereka menang
dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Wan Saiful
dan Zairil pula bersetuju dengan pandangan Khalid yang juga timbalan
pesuruhjaya PAS Selangor mengenai perkara tersebut.
Malah Wan
Saiful yang juga pemerhati politik berkata beliau akan berlakunya
perebutan jawatan sekiranya penubuhan kabinet tersebut dibuat.
"Ia
menjadi bebanan dan tidak ada peruntukkan untuk membentuk satu kabinet
bayangan... Sistem kita tidak menggalakkan penubuhan kerana (tiada)
debat rasional dalam suasana politik," katanya.
Manakala Dr
Maszlee pula bersetuju dengan pandangan Wan Saiful bahawa "tiada
peruntukan dan tidak ada natijah" yang membolehkan Pakatan menubuhkan
kabinet bayangan.
.
0 Komen pengunjong :