Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pelantikan Hanif strategi Umno alih isu reformasi pilihan raya


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) percaya pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar adalah strategi Umno BN untuk mengalih pandangan rakyat dari isu reformasi sistem pilihan raya di negara ini.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata orang ramai akan memfokus isu siasatan yang kononnya bebas di bawah panel yang diketuai oleh individu yang tidak bebas.
Beliau berkata, pihaknya akan menolak sebarang hasil siasatan Bersih 3.0 selagi ia dipengerusikan Hanif kerana ia adalah langkah ke belakang dan menempangkan proses keadilan.
“Bersih 3.0 menyaksikan keganasan polis pada tahap paling parah dalam sejarah penyuraian perhimpunan aman di Malaysia.
“Bagaimanakah seorang mantan ketua polis negara mampu mengheret institusi yang pernah dipimpin selama 20 tahun ke kancah pengadilan?
“Ini persepsi dan realiti yang membelenggu rakyat ke atas kredibiliti beliau,” katanya.
Melalui kenyatan media hari ini, Shamsul juga menyifatkan pelantikan itu sebagai cubaan memperlihat Bersih 3.0 seolah-olah gerakan ‘kotor’ berikutan kenyataan awal Hanif.
“Sikap prejudis Hanif, kononnya Bersih 3.0 didalangi pro-komunis adalah  kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan keluar dari norma realiti politik negara.
“Inilah persepsi awal yang diperlihat sebelum memimpin panel yang dinanti-nantikan rakyat. Apakah resolusi lanjut yang bakal dihasilkan?” katanya.
Beliau mengingatkan agar rakyat supaya tidak lupa kenyataan Hanif yang dilapor The Star pada 12 Februari 2006 bahawa IPCMC bukan perlu mendapat keyakinan rakyat, bahkan polis.
Beberapa tahun lalu, Hanif juga pernah berkata tidak pernah menjumpai ayat Al-Quran yang mengharamkan judi.
.

0 Komen pengunjong :