Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Durian runtuh helah politik hadapi PRU13 : Anak

Anak dakwa durian runtuh helah politik

SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.
Dakwanya, setelah 55 tahun Felda ditubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
“Saya lihat ini adalah langkah kerajaan dalam menghadapi pilihan raya, pelbagai imbuhan diberikan kepada peneroka agar mereka memperoleh sokongan.
“Selain itu, Perdana Menteri harus menyatakan daripada mana sumber datangnya wang sebanyak itu yang diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mazlan berkata, Anak tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang diberikan oleh kerajaan kerana secara tidak langsung ia dapat meringankan beban para peneroka.
“Anak menyambut baik pemberian durian runtuh oleh kerajaan, bagaimanapun kami bimbang dengan penyenaraian itu. Sekiranya harga saham jatuh, siapa yang akan bertanggungjawab?,” katanya.
Menurutnya, apakah jaminan kerajaan bahawa saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak akan menerima nasib sama, seperti berlaku semasa penubuhan Amanah Saham Negeri kerana semuanya bermasalah.
Menurutnya, Anak tidak mahu peneroka menanggung hutang sekiranya saham FGVH bermasalah. Selain itu, tiada sebarang penerangan diberikan, malah dokumen ditulis dalam Bahasa Inggeris ketika pemberian pinjaman saham kepada peneroka.
.

1 comment :

  1. Biar mampuslah peneroka ini, apa kita peduli... selama ini pun mereka inilah yang tegar sangat menyokong UMNO (konon terhutang budi kerana memberi tanah). Kalau nak rugi atau tergadai tanah nanti pun bukanya kita, tapi mereka. Orang Melayu ini terutama para peneroka ini, bila terhantuk baru nak tergadah. Biarkan mereka tergadah dahulu.....mereka ini pun memang suka ditipu, terutama oleh pemimpin MELAYU...

    ReplyDelete