Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dakwaan Dr Mahahir hanyalah justifikasi pemansuhan panel Bersih


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Amaran Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bersih 3.0 adalah "pemanas badan" untuk protes jalanan jika Pakatan Rakyat (PR) kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang menjustifikasikan pemansuhan panel bebas perhimpunan 28 April lalu kata Lim Kit Siang.
Pemimpin DAP itu berkata ini kerana tuduhan bekas perdana menteri itu adalah bukti kelima cubaan kerajaan untuk menghapuskan pergerakan pemerhati pilihan raya yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.
"Kempen", tambah beliau, telah bermula dengan perdana menteri, menteri dalam negeri, dan dua bekas ketua polis negara.
"Apa yang mereka buat adalah gerakan tersusun yang menjustifikasikan kenapa "panel penasihat bebas" Hanif di mansuhkan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Tiada pihak yang jangka panel (bekas Ketua Polis) Tun Hanif Omar akan bebas, dan objektif apabila adanya penglibatan dalam kempen untuk memusnahkan Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat."
Ahad lalu, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor menuduh Bersih menggunakan taktik "Marxist" dan PR mahukan insiden berdarah dalam perhimpunan 28 April itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut berkata ada pihak yang mahukan "kematian berlaku", kenyataan yang disokong polis yang turut memuat naik video ke YouTube dan mendakwa ia adalah bukti kepada dakwaan mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa perhimpunan itu adalah cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan matlamat utamanya adalah untuk " melawan, sepak, dan menyerang polis."
Lim berkata, Dr Mahathir dan juga Najib, Hishammuddin dan Rahim harus mengemukakan "saksi" dalam tuduhan "tidak masuk akal mereka."
"Jika kelima-lima mereka  - Najib, Mahathir, Hishammuddin, Hanif dan Rahim Noor -  gagal untuk mengemukakan bukti kukuh terhadap dakwaan mereka kepada Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat, mereka perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka," katanya.
Lim turut mempersoalkan sama ada dengan membuat kenyataan sedemikian di blognya, Dr Mahathir turut merujuk secara tidak langsung kepada anaknya, Marina Mahathir, yang turut mengambil bahagian dalam perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih adalah "naif untuk menyertai Bersih 3.0 dan PR mahu menjatuhkan kerajaan Najib dengan keganasan."
“Mahathir seharusnya memuji Marina atas semangatnya menyertai perhimpunan itu sewaktu Bersih 3.0 dan juga Bersih 2.0, daripada mengecamnya dan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut," kata Lim.
Najib telah memilih bekas Ketua Polis Negara untuk mengetuai panel siasatan Bersih telah menimbulkan rasa tidak senang daripada pembangkang.
Malah, mereka turut mendesak Hanif yang mengetuai pasukan beruniform tersebut sejak 1974, untuk menarik diri kerana bersetuju dengan dakwaan perdana menteri Bersih 3.0 adalah cubaan menjatuhkan kerajaan.

0 Komen pengunjong :