KUALA LUMPUR, 19 Mei — Bekas pegawai kanan polis Datuk Fauzi
Shaari akan menyertai PAS esok, antara nama besar yang akan menganggotai
parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk
meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.
Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat,
kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di
katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan
bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Ramli dan Abdul Kadir,
yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku
Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah
mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik
wang.
Fauzi, yang bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.
Namun The Malaysian Insider mendapati bekas Ketua Polis
Selangor dan Sarawak itu akan menyertai PAS secara rasmi dalam satu
majlis malam esok di kampungnya di Larut, Perak.
Harakah pagi ini turut melaporkan bekas polis ituakan menyerahkan
borang keahlian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam
satu program besar-besaran esok dengan kehadiran pemimpin tertinggi
Pakatan Rakyat (PR).
“Ia Datuk Fauzi Shaari tapi saya tidak dapat sahkan jika beliau telah
menghantar borang keahlian kata Ketua Penyelidik PAS Dzulkefly Ahmad
kepada The Malaysian Insider, menambah Timbalan Presiden Mohamad Sabu adalah pihak parti yang menguruskan perkara itu.
“Ia mungkin Datuk Fauzi Shaari,” kata bekas pegawai kanan polis yang
menambah, yang dikenali dengan usahanya memerangi kemungkaran setuju
untuk bertanding di bawah PAS telah tersebar sejak beberapa minggu lalu.
The Malaysian Insider turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN)
untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam
Negara.
Pemimpin PAS yang berkata kepada The Malaysian Insider
mengesahkan kedua-dua mereka menyertai PAS namun, Abdul Kadir dan Ramli
masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua
mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN
sebelum ini.
“Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk
itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil
menentang sistem tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah
“mencadangkan” untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum
pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk
menyertai mana-mana parti.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai
program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri
program Pakatan Rakyat (PR).
0 Komen pengunjong :