Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bersih tuntut Suhakam siasat keganasan polis


KUALA LUMPUR 19 Mei: Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 3.0) mahu kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyiasat keganasan polis semasa himpunan 28 April lalu dan menolak panel siasatan yang ditubuhkan kerajaan.
“Suhakam memiliki struktur sah untuk menjalankan penyiasatan. Suhakam berpandukan piagam hak asasi. Ini berbeza dari panel yang ditubuhkan kerajaan,”  kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, keganasan polis tidak berakhir setakat 28 April lalu, apabila mereka bertindak memburu 141 individu yang dikehendaki kerana kononnya melanggar undang-undang, namun melupakan keganasan dilakukan anggota pasukan itu.
“Polis seperti pelesit. Kehulu-kehilir mencari individu ini. Tetapi pihak polis gagal mencari pegawainya yang melakukan keganasan. Ada individu yang menyerah diri untuk memberi keterangan, tetapi mereka telah diganasi, dimaki hamun dan didera,” tegas Pak Samad.
Beliau merujuk insiden terhadap aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan dan diaju soalan lucah, manakala  Mohd Safwan Mamat dari Terengganu dipukul dengan getah paip, selain ditampar ketika disiasat di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut Pak Samad, sehingga kini tekanan hanya diberikan kepada peserta Bersih, manakala dua anggota polis yang ditahan dibebaskan dengan ikat jamin.
“Keganasan polis juga perlu disiasat secara terperinci. Siasatan juga perlu dijalankan terhadap peranan pengacau,” tegas Pak Samad.

0 Komen pengunjong :