Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Batal Panel Hanif, Beri SUHAKAM Siasat BERSIH


SHAH ALAM  : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) perlu diberikan sokongan penuh untuk menyiasat aksi keganasan semasa perhimpunan aman BERSIH 3.0 28 April lalu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat Suhakam lebih layak berbanding ‘Panel Penyiasatan Bebas’ yang dikepalai Tun Hanif Omar.
Katanya, panel penyiasat ini seharusnya bebas dari tangan-tangan yang tidak sepatutnya apalagi sebelum ini bekas Ketua Polis Negara itu dilihat keras mengutuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.
“Panel tersebut perlu dibatalkan. Dalam tempoh sebulan yang lalu, kerajaan giat melancarkan kempen fitnah untuk mencerca Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat pula dikaitkan secara meluas dan langsung dalam kempen fitnah ini.
“Hanif pula bertindak memegang ‘watak utama’ dalam kempen fitnah ini dari awal lagi dengan sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Malah, lebih hina apabila Hanif berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di Bersih 3.0 dan mendakwa kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebagai “taktik komunis”.
Dengan dakwaan liar yang dikeluarkan Hanif sebelum ini, Kit Siang mempersoalkan integriti Hanif dilantik sebagai pengerusi panel penyiasatan tersebut.
“Jika Hanif tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai Bersih 3.0, beliau perlu menjadi “saksi utama” dihadapan mana-mana penyiasatan Bersih dan bukan mempengerusikan panel tersebut.
“Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiasatan dijalankan, adakah beliau bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan tersebut adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?” soal Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Sehubungan itu, Kit Siang berpendapat, Najib selaku Perdana Menteri seharusnya bertindak dengan lebih tegas dalam menuntut penyiasatan yang saksama dan komprehensif berhubung keganasan Bersih 3.0.
“Kerajaan harus membatalkan sahaja panel Hanif dan seterusnya memberi sokongan padu terhadap penyiasatan Suhakam dalam Bersih 3.0,” tegas Kit Siang lagi.
Sebelum ini, kerajaan menubuhkan panel penyiasatan bebas yang dipengerusikan oleh Hanif untuk menjalankan penyiasatan terhadap keganasan Bersih 3.0 walaupun tiada kredibiliti, sokongan, keyakinan dan kepercayaan orang awam.
.

0 Komen pengunjong :