Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar dakwa Philppine Inquirer tawar beri penjelasan dakwaan berjumpa Sultan Sulu


KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan bagi  membersihkan namanya oleh media Filipina berhubung laporan media negara berkenaan yang mendakwa sumber risikan Filipina yang mengaitkan seorang pemimpin Sabah yang rapat dengannya berjumpa dengan Sultan Sulu.
Anwar berkata, Philippine Inquirer telah menghubunginya pagi tadi untuk membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran penafiannya semalam berkenaan penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan di Sabah.
“Saya telah dihubungi Philippine Inquirer pagi tadi untuk memberikan penjelasan melalui radio secara langsung dan akhbar mereka.
“Sepatutnya pagi tadi ... tapi saya menolak kerana sibuk atas urusan lain,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini.
Keadaan itu jelas Anwar berbeza dengan laporan media di Malaysia yang telah pun disamannya, stesen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, kerana terus mendakwa penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan oleh militan Filipina di Sabah tanpa mendapatkan penjelesannya.
“Sekurang-kurangnya mereka (Philippine Inquirer) bagi ruang untuk saya beri penjelasan,” katanya menyalahkan media yang didakwanya ditunjangi Umno.
Akhbar Filipina itu tambah Anwar, tidak mengaitkan beliau secara langsung dengan insiden berkenaan, tetapi hanya melaporkan sumber daripada risikan Filipina.
Ketua Umum PKR itu juga menegaskan Putrajaya masih lagi perlu untuk melaksanakan tuntutan Pakatan Rakyat (PR) yang menggesa diadakan sidang khas Parlimen dan sesi meja bulat bagi membincangkan isu keganasan di Lahad Datu tersebut.
“Masih ada keperluan untuk sidang khas Parlimen dan meja bulat walaupun tentera sudah gempur militan Filipina itu pagi tadi,” katanya.
Jelas Anwar, Malaysia bukan menentang masyarakat Sulu keseluruhannya, tetapi hanya menentang kumpulan militan bersenjata yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota keselamatan Malaysia.
“Kita tidak menentang Sulu, kita menentang militan di Sabah, itu perlu jelas,” tegasnya.
Philippine Inquirer sebelum ini memetik sumber risikan tentera Filipina Jumaat lalu melaporkan bahawa seorang pemimpin politik Sabah yang rapat dengan Anwar berjumpa dengan penceroboh bersenjata.
Reuters pada 14 Februari turut melaporkan insiden pencerobohan di Sabah dengan memetik sumber risikan berkata pemimpin pembangkang mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

0 Komen pengunjong :