Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jika tidak percaya, MP perlu pilih Speaker baru

Jika tidak percaya, MP perlu pilih Speaker baruKUALA LUMPUR- Jika tidak ada lagi kepercayaan, ahli Parlimen perlu membuat pemilihan Speaker yang baru yang memahami perasaan ahli Parlimen, tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Katanya, insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Berdasarkan insiden itu, tegas Karpal, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyalahgunakan kuasanya dan lebih memalukan dia bertindak menghina Timbalannya, Datuk Ronald Kiandee yang ketika itu masih mempengerusikan mesyuarat.
Sebelum itu, Ronald Kiandee yang mempengerusikan mesyuarat, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa berhubung usul laporan minoriti yang ditolak oleh Speaker, ekoran itu Pandikar Amin mengambli alih kerusi Ronald setelah melihat pertikaman lidah masih berlarutan walaupun lepas waktu rehat.
"Memalukan, dan menghina timbalan Speaker yang masih berada di kerusi pada ketika itu, dia (Pandika Amin) hanya datang dan terus duduk, tiba-tiba arah tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan Speaker Dewan Rakyat jelas memperlihatkan tindakan 'bias' dalam membuat keputusan.
"Apa yang berlaku jauh berbeza sebelum ini, suasana hari ini tidak pernah berlaku dalam parlimen sepanjang saya menjadi ahli parlimen," katanya.
Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihan raya yang dibentangkan hari ini.
Penolakan usul itu telah menimbulkan kekecohan dan pertikaman lidah antara Speaker dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bagaimana laporan PSC itu diluluskan.

0 Komen pengunjong :