Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

AMK: Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi dangkal


Merujuk kepada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin dalam laman portal Malaysiakini baru-baru ini, yang menggesa mahasiswa terjemah undi tanpa perlu berdemo berkaitan isu mansuh PTPTN membuktikan beliau gagal memahami perlembagaan Malaysia.

Sebagai seorang Menteri beliau sepatutnya memahami tindakan berdemo secara aman ini merupakan satu tindakan yang tidak bertentangan dengan amalan demokrasi dan perlembagaan di negara kita.

Tindakan berdemo secara aman ini juga harus dilihat dari sudut positif sebagai desakan golongan muda negara ini yang ingin memainkan peranan aktif sebagai rakan  pembangunan dan pembinaan negara serta mahukan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap masaalah anak muda.

Tetapi realitinya di negara ini anak muda dilihat sebagai ancaman dan pelbagai tindakan menekan dan tidak munasabah dikenakan kepada golongan muda ini.  Sering kali suara anak muda di negara ini dipinggirkan dan tidak diambil serius oleh pentadbiran kerajaan dibawah UMNO/Barisan Nasional.

Biro Mahasiawa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong penuh tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menganjurkan demonstrasi aman mansuh PTPTN serta menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama bersolidariti menyatakan sokongan pada 14 April 2012 ini sebagai tanda keprihatinan terhadap masalah anak muda di negara ini.

0 Komen pengunjong :