Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib tidak didera selepas BN kecundang di Putrajaya


KOTA BHARU, 31 Mac: Datuk Seri Najib Razak usah risau Pakatan Rakyat tidak akan mendera atau membalas dendam terhadapnya sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Kita tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan-rakan sekarang.

“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad biar pun menyebabkan saya dipenjarakan, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya kita akan tanya Najib dengan berhemah dan bersopan tidak kasar biar pun sekarang mereka melakukan pelbagai perbuatan agresif dan kebudakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Kata beliau semasa berceramah di Johor keretanya dilontar dan ditendang kumpulan yang disyaki diupah Umno, begitu juga ketika Nurul Izah berceramah di tempat lain hampir terkena  tumbukan  samseng.

“Malah ketika saya datang ke sini tadi ada kumpulan budak-budak samseng diupah melontar batu terhadap kereta saya. Di Kelantan pun mereka berani buat begitu. Ini kerja-kerja orang bodoh yang tidak tahu duit mereka dirompak pemimpin Umno.

“Kamu ingat saya takut ke..  Ingat biar pun saya dipenjara sekali pun saya tetap lawan. Lawan tetap lawan,” katanya memulakan ucapan membakar emosi puluhan ribu rakyat Kelantan yang berhimpun di Padang Perdana malam tadi.

Ribuan anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang menyahut cabaran sehingga ada yang menyebut kita akan lanyak mereka.

Difahamkan rombongan Anwar ketika melalui simpang tiga menghala ke Jalan Mahmood didatangi kumpulan pemuda samseng yang dipercayai diupah melontar batu terhdap kenderaannya.

Sebelum itu beliau berceramah di Pengkalan Kubur dan pada sebelah siang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Paloh, Gua Musang dan Guchil Kuala Krai.

Program ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Kemudian diikuti kuliah Maghrib oleh Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Selepas solat Isya’ diadakan solat hajat.

Doa solat hajat yang dibaca Ustaz Mohamad begitu syahdu sehingga ramai yang sebak di dada. Malah orang ramai yang hadir ke pesta buku di Dewan Jubli Perak yang terletak bersebelah turut menadah tangan berdoa.  Ruang padang tempat ceramah begitu padat sehingga melimpah ke jalan raya.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan  Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS berkata, Kelantan menjadi pangkalan kepada kebangkitan rakyat di negara ini bagi menjejaki usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya rakyat Kelantan membuktikan sejak 1959 mereka sudah berani memilih parti yang berlambang bulan bintang  dan menolak parti kapal layar (Perikatan) hanya selepas dua tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

0 Komen pengunjong :