Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Taktik kotor gelapkan peluang Pakatan menawan Putrajaya


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa yakin sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan dengan adil, bersih dan telus berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya.  Ini hasil kajian daripada pelbagai pihak, dan daripada "mood" serta momentum yang dicetuskan oleh rakyat dengan semangat mahukan angin perubahan dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, sudah beberapa gambaran taktik dan strategi kotor dalam PRU digunakan dapat dikesan melalui pendedahan beberapa individu.  Ini termasuk pendedahan bekas pemimpin terrtinggi UMNO, Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir bahawa UMNO mengamalkan taktik membeli undi dalam pilihanraya sebelum ini.  Pengakuan bekas Ketua Penerangan UMNO bahagian Pekan, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa UMNO mengamalkan taktik persempadanan kawasan mengundi bagi memenangkan mereka menguatkan lagi hujah penipuan yang telah dan bakal dicipta.

Selain itu, isu pertukaran tempat mengundi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dari Parlimen Petaling Jaya Utara di Selangor kepada Parlimen Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan amat menggusarkan rakyat.  Tidak pasti pula berapa jumlah sebenar "mangsa" pemindahan tempat mengundi dan tiada jaminan pengundi lain tidak akan diperlakukan perkara yang sama dalam PRU ke-13 nanti.  SPR pula telah mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos, suatu jumlah yang agak besar dan cukup untuk membantu memenangkan banyak parlimen yang melibatkan satu pihak.  Pendedahan Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga ahli Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi penambahbaikan pilihanraya bahawa terdapat seramai 79,098 pengundi ragu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama menambah keraguan adakah pilihanraya kali ini akan berlangsung dalam suasana yang amat kotor.

Oleh yang demikian, PAS WP meminta pemimpin serta jentera Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan menumpukan usaha memastikan segala penipuan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti dapat dihidu dan dibongkarkan agar taktik ini tidak dapat dilaksanakan nanti.  Tidak mustahil semua taktik yang telah didedahkan termasuk "taktik tawan Terengganu 2004" digunapakai di seluruh negara bagi memenangkan sebuah kuasa yang dalam keadaan terdesak sekarang.

PAS WP percaya rakyat mahukan sebuah pilihanraya yang benar-benar adil dan bersih yang ditentukan oleh rakyat sebagai pengundi yang sah.  Rakyat juga tidak mahukan sebuah pilihanraya kotor yang sarat di dalamnya dengan unsur penipuan.  Masa depan negara perlu ditentukan oleh pengundi sah, bukan ditentukan oleh pengundi yang bukan mendapat warganegara segera, pengundi yang telah mati, serta pengundi pos. 

Akhirnya, PAS WP mengingatkan UMNO-BN agar tidak berniat mahupun melakukan apa juga taktik kotor dalam menghadapi PRU ke-13.  Jadilah insan yang berjiwa besar dengan menerima apa juga keputusan rakyat dengan menjalani sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.  Jika tidak, jangan dikesali jika rakyat kemudiannya bangkit meruntuhkan rejim yang kotor dan korup ini dengan cara yang paling menghinakan.

0 Komen pengunjong :