Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menteri Besar jawab isu gugurkan Hasan Ali

NONE

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Hasan.

Khalid berkata beliau berharap  pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan  pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Hasan sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan  ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".

0 Komen pengunjong :