Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor kecewa dengan penghakiman terbuka

Kerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock.  Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.
Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan Kerajaan Negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut.
Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot.
Demi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, kita sarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh.

Kerajaan negeri ulangi lagi komitmen kami untuk bersama keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam mencari keadilan dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.
*Kenyataan media oleh Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan) selaku Menteri Besar Selangor.

-/ MerdekaReview

0 Komen pengunjong :