Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Negara Islam : Nik Aziz Ucap Tahniah Kepada Karpal




SHAH ALAM 21 DIS : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh di atas pendirian beliau berhubung isu negara Islam.

" Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia," tulis beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan berkata, DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Karpal turut menegaskan  bahawa DAP akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“DAP akan pertahankan itu. Akan tetapi ada hak oleh rakyat lain yang bukan beragama Islam (untuk mengamalkan kepercayaan mereka). Dan itu (pula) mesti dipertahankan oleh PAS,” ujar Karpal.

“Dalam ucapan saya 20 tahun dahulu, saya ada katakan tentang ini, (‘langkah mayat saya dahulu, jika mahu tubuh negaraIslam) dan dibuat diluar dari konteks hari ini. Tetapi perkara ini boleh dibincangkan bersama Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambah Karpal lagi.

Menurut ahli parlimen Bukit Gelugor itu, tidak ada alasan mengapa isu Islam sebagai agama rasmi harus dipertikaikan sementelah ia tertakluk di bawah Perlembagaan Negera.

Justeru apa yang perlu dibincangkan ialah bersabit isu negara Islam agar ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. 

“Kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Dan tidak sesuai untuk mengulangi perlembagaan yang (telah jelas) menyatakan Islam sebagai agama rasmi

Persekutuan.

“Perkara ini mesti dibincangkan dengan segera, kerana saya tidak mahu Barisan Nasional mengeksploitasikannya,” tambahnya

2 comments :

  1. pukulan maut untuk UMNO berkaitan PAS kuda tunggangan DAP

    ReplyDelete
  2. @Anonymous..... Sebenarnya tak ada sapa tunggang sapa, cuma Umno/BN saja buat cereta untuk merosakan hubungan dalam pakatan.

    ReplyDelete