Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Kambing Hitam' Pertama Sime Darby ?




Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin yang dituduh menerima wang suapan RM200 ribu ringgit oleh Mahkamah Seksyen hari ini hanya sebagai 'kambing hitam' menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, dijangkakan lebih ramai lagi individu yang akan dibawa kemuka pengadilan setelah siasatan terperinci dilaksanakan.
Beliau juga tidak menolak pemimipin tertinggi negara turut terlibat.
"Tidak mengapa, tentu ada kambing hitam yang ditangkap dahulu. Kes PKFZ dahulu begitu juga. OC Phang dahulu dan akhirnya Lee Liong Sik. Jadi akan begitulah, mula-mula mungkin Tan Seri Zubir, tapi akhirnya mungkin kena Musa Hitam," jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Dr Dzul yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata pada asalnya empat projek utama Sime Darby yang menemui kegagalan berpunca daripada kos lebihan namun menurut beliau tidak munasabah ianya mencecah berbillion ringgit.
Justeru beliau tidak menyangkal berlakunya ketirisan dalam pentadbiran syarikat konglomerat besar negara itu.
"Saya yakin perkara itu bukan hanya kos lebihan. Mesti ada perkara yang bersabit ketirisan, kebocoran termasuk tender, procument dan sebagainya. Yang kedua kualitinya. Beli pada harga yang betul tapi kualitinya jauh lebih rendah," ujar Dr Dzul lagi.
Tambahnya lagi, sekiranya pemantauan dilaksanakan dengan betul dari peringkat awal, maka kebocoran dapat dicegah tanpa mengakibatkan kerugian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.  
"Persoalannya benda ini bukan seorang punya kerja. Banyak komiti. Kalau kita jalankan projek korporat berbilion-bilion, banyak peringkat. Kalau sudah dilakukan pemantauan yang baik audit dalaman dan pengurus projek memantau bukan sahaja dari sudut teknikal. Tidak akan secara tiba-tiba kita tahu? Yang lain mana? Tidur ke?" ujar beliau lagi.
Beliau juga menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan sikap keterbukaan dalam penyiasatan seraya membuktikan tiada mana-mana individu yang mampu meloloskan diri daripada undang-undang.
Sime Darby dijangka akan menfailkan tindakan sivil terhadap individu sebelum akhir tahun 2010 setelah mengalami kegagalan dalam empat projek raksaksa iaitu, Bulhanine & Mayden Mahzam (Qatar Petroleum), Maersk Oil Qatar, projek hidro Bakun, Sarawak dan Marine Project dalam pembinaan kapal.
Mazhazmi Jamaludin menghadapi tuduhan menerima bayaran daripada MLC Shipbuilding Sdn Bhd pada 31 Disember 2008 dengan mendakwa syarikat pembinaan perkapalan itu memperoleh kontrak bernilai AS$134.2 juta (RM421.6 juta) dari Sime Darby.
Mazhazmi didakwa menerima wang daripada pemilik syarikat MLC Shipbuilding Sdn Bhd, Redzuan Goh Mohammed Karian.
Bagi kesalahan itu Mazhazmi didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM100,000 yang mana lebih tinggi, jika bersabit kesalahan.
Walaubagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan Mazhazmi dijamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan.

-/TVSelangor

0 Komen pengunjong :