Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kira-kira 80 orang hadir serah memo





SHAH ALAM, 3 DIS - Hanya kira-kira 80 orang, hadir untuk menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor dalam cubaan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada usaha Syabas menaikkan harga air sebanyak 37 peratus.
Sebilangan daripada penunjuk perasaan itu dikatakan pekerja Syabas yang dipaksa oleh majikan meninggalkan tugas dan hadir sama  menyerahkan memorandum itu selepas solat Jumaat.
Seperti yang dijangka,  penunjuk perasaan ini turut merangkumi penyokong  Pertubuhan Pribumi Malaysia dan ahli-ahli Umno.
Sambutan dingin terhadap tunjuk perasaan ini menjadi bukti paling jelas Umno dan NGO tajaan parti itu ditolak oleh rakyar Selangor yang memberi sokongan untuk menyekat Syabas daripada menaikan harga air.
Kumpulan ini menamakan diri sebagai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS.
Bagaimanapun mereka  berdiam diri apabila ditanya oleh TVSelangor mengenai pendirian masing-masing terhadap konsesi yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional kepada Syabas pada tahun 1997 lalu.
Pengerusi GAPS,   Hamidzun Khairuddin enggan menjawab persoalan mengenai tindakan Syabas mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus dan usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghalang langkah itu.
Sebaliknya,  Hamidzun mendakwa mempunyai bukti mengenai beberapa penyelewengan yang menurut beliau, perlu diambil tindakan oleh istana Selangor walaupun jelas  agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah lebih sesuai untuk aduan seumpama itu.
Menteri Besar Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak bermasalah dengan memorandum yang dikemukakan oleh GAPS sungguhpun sedar  ia lebih bersifat provokasi dan bukan untuk menegakkan kepentingan rakyat.
Memorandum berkenaan disampaikan oleh Hamidzun kepada pegawai istana  di pintu pagar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dan seperti biasa, penyerahan memorandum  diiringi dengan beberapa penyokong tegar Umno menjulang kain rentang dan melaung  sogan-slogan berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyatm termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.   .
Penganjur mendakwa perhimpunan ini disertai oleh  Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia yang semuanya didokong oleh Umno.
Namun hakikat ialah sokongan hambar terhadap tunjuk perasaan ini membuktikan ahli-ahli Umno sendiri menolak politik perkauman yang cuba dibawa oleh kumpulan ini.

0 Komen pengunjong :