Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

GAPS mahu Sultan haramkan Anwar masuk Selangor

SHAH ALAM, 3 Dis — Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mahu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — diharamkan daripada memasuki negeri itu kerana menolak konsep “Ketuanan Melayu”.
Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin berkata, memorandum yang diserahkan kepada Sultan Selangor itu juga mengandungi 30 perkara penyelewengan yang didakwa berlaku di Selangor.
Perkara yang membabitkan “Ketuanan Melayu” adalah agenda utama dalam memorandum tersebut.
Selain Hamidzun, beberapa pemimpin NGO termasuk Majlis Pimpinan Belia Selangor, Perkasa dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) turut hadir menyerahkan memorandum tersebut kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Seramai 200 penyokong hadir untuk memberikan sokongan kepada GAPS, polis bagaimanapun hanya membenarkan 10 pemimpin untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Kayangan.
Memorandum itu diterima wakil Istana Kayangan iaitu Ahmad Ramli.
Dalam memorandum itu, Hamidzun berkata pihaknya mahu supaya Sultan Selangor menasihati kerajaan negeri agar jawatan penasihat ekonomi yang dipegang Anwar.
“Anwar sebagai pemimpin utama parti politik mencanangkan agar perkataan ‘Melayu’ digadaikan dalam perjuangan politik. Harus dilucutkan jawatan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor.
“Selain itu, GAPS mahu Anwar diharamkan dari menjejakkan kaki ke bumi Selangor, beliau merupakan virus yang menjadi dalang yang menyemai kebencian dan cemburu sesetengah pihak terhadap kemajuan dan perpaduan orang Melayu,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu.

0 Komen pengunjong :