Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai

NONEPemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

Ketua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air," kata Fadhil.

Dalam satu kenyataan, Fadhil (kanan) menegaskan bahawa air merupakan keperluan asas dan pemberian Tuhan.

"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia?"

Sehubungan itu, Fadhil mengesyaki tindakan SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37%
ertujuan menampung kos operasinya, termasuk bagi membayar gaji pengerusinya.

"Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah.

"Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan perhimpunan besar membantah kenaikan harga air di ibu negara.

0 Komen pengunjong :