Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Ketuanan Islam’ lebih penting – Nik Aziz

Nik AzizPASIR MAS: ‘Ketuanan Islam’ lebih penting dan perlu diutamakan berbanding ketuanan-ketuanan lain, termasuk Ketuanan Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada pihak menggunakan ‘Ketuanan Melayu’ sebagai sumber perjuangan mereka, sudah tentu akan ada pihak lain mahukan bangsa mereka (Cina dan India) diangkat seperti mana bangsa Melayu.

Beliau menegaskan perkara ini kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini semalam.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, menggunakan nama Islam lebih benar dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan sebarang masalah dan kontroversi.
"Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ‘Ketuanan Melayu’ yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa (Melayu) sahaja apabila mereka menerima Islam kelak," ujar beliau.
Mengulas mengenai kesediaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuang slogan ‘Ketuanan Melayu’ dalam kongres parti, Nik Aziz berkata, dengan menggunakan ‘Ketuanan Islam’, tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya ia diterima baik oleh mereka.

Hanya Islam perlu didaulatkan
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Harun Taib menegaskan isu ‘Ketuanan’ mempunyai ikatan akidah kerana ia melibatkan soal kedaulatan.
Beliau memberitahu Harakah dalam sesi wawancara khas di Gombak, 30 November lalu, penggunaan istilah ‘Ketuanan Islam’ lebih tepat dan mendasari ajaran Islam kerana hanya Islam sahaja perlu didaulatkan bukannya bangsa.
"Jika bangsa didaulatkan, menjadi ‘tuan’ sudah tentulah ia mengundang kemarahan bangsa lain yang juga mahu menjadi ‘tuan’.
"Oleh itu Islam datang untuk meleraikannya dan mengesyorkan keadilan terhadap semua bangsa di dunia ini termasuklah di Malaysia.  Islam bukan milik Melayu, bukan milik India dan bukan milik Cina.  Malah bukan milik mana-mana bangsa pun di dunia ini.
Katanya, selain dari ‘Ketuanan Islam’, tiada ketuanan lain yang lebih mulia dan dihormati.  Sebaliknya, ketuanan-ketuanan lain itu akan menimbulkan pelbagai konflik kerana ia menentang fitrah sunatullah.

0 Komen pengunjong :