Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rebet 30 Peratus Bil Air Kepada Mangsa Banjir : MB Kedah

Penduduk di negeri Kedah yang terbabit dengan bencana banjir awal bulan ini akan diberi rebet bil air sebanyak 30 peratus bagi bil November sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (Sada) berkata rebet berkenaan akan dimasukkan dalam bil Disember kerana perkiraan caj untuk bulan ini telah dijalankan.
"Rebet ini hanya diberi kepada pengguna domestik manakala kilang-kilang tidak terlibat dan ia hanya untuk mangsa-mangsa yang terbabit banjir di Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.
"Saya juga ingin meminta maaf kepada rakyat yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air sepanjang tempoh bencana," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Kira-kira 60,240 penduduk menjadi mangsa banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk melanda negeri ini pada awal bulan ini.

0 Komen pengunjong :