Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mustaffa: Tangguhkan Pemilihan 2010

Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan.  Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan. Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat. Ingin ditegaskan bahawa saya (Mustaffa Kamil Ayub, gambar kiri) meneruskan bertanding jawatan Timbalan Presiden di dalam protes.  Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan. Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan.  Dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas dalam membetulkan dakwaan dan tanggapan meluas campurtangan pimpinan tertentu memperalatkan JPP.
Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akar umbi dalam persoalan ini.  Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan KEADILAN benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.
KEADILAN sewajarnya benar-benar tampil mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan model yang terbaik kepada rakyat Malaysia termasuk proses pemilihan parti yang demokratik dari segi konsep serta perlaksanaannya.

"KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
"KEMBALIKAN SUARA RAKYAT"

*Kenyataan media oleh Mustaffa Kamil Ayub selaku Naib Presiden KEADILAN dan Calon Timbalan Presiden KEADILAN.

0 Komen pengunjong :