Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PRK Galas : UMNO Terima Kejutan, Soberi Keluar Parti





KUALA LUMPUR, 1 Nov: Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 3 hari lagi, UMNO menerima kejutan hebat apabila Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu. 
Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menghantar permohonan itu kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan penerimaannya jam 10.45 pagi tadi.
Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno. 
Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.
"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.
Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya. 
Mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya. 
"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi.
Soberi berkata, selepas keluar Umno beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

0 Komen pengunjong :