Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan P.Jenapala Dengan Kos RM15,000




KUALA LUMPUR 25 NOV : Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat, P. Jenapala bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut dengan kos RM15,000.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak lapor portal The Malaysian Insider.
Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik.
"Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli.
"Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti.
"Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut.
Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Dalam afidavitnya, Jenapala, 56, berkata, beliau menyertai PKR pada Mei 1998 dan menjadi timbalan setiausaha agung dari awal 2008 hingga meletakkan jawatan secara lisan pada Disember tahun yang sama.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli parti.
Tambah Razlan, sekiranya mahkamah diberi kuasa untuk mendengar hal-hal berkaitan parti politik, maka ramai ahli yang akan membawa kes ke mahkamah sehingga terpaksa mengabaikan kes-kes lain.
"Mahkamah tidak boleh digunakan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati tentang keputusan parti. Jika mahkamah terus digunakan untuk selesaikan masalah dalam parti, maka kes yang membabitkan rakyat biasa tidak dapat diselesaikan berikutan mahkamah yang dibanjiri dengan kes ahli politik," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R. Sivarasa yang turut hadir dalam prosiding tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak mempunyai kuasa mendengar masalah dalaman yang membabitkan parti politik seperti yang termaktub dalam Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan.

"Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan memperuntukkan apa-apa keputusan yang dibuat parti politik atau pegawai (termasuk setiausaha agung) yang berkaitan dalam urusan dalaman parti tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah.
"Berikutan itu mahkamah menolak permohonan Jenapala dengan kos RM15,000," katanya.
Selain Sivarasa, turut hadir Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.
Sebelum prosiding diadakan, media terlebih dahulu diarahkan keluar oleh Aziah. Prosiding tersebut bermula pukul 3.30 petang dan tamat kira-kira pukul 5.45 petang.
Dengan keputusan itu, PKR boleh mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu termasuk jawatan timbalan presiden ketika Kongres Nasional PKR yang akan bermula esok.
Selain Razlan, PKR turut diwakili peguam Ranjit Singh manakala Jenapala pula diwakili James Khong. Jenapala ketika ditemui berkata, beliau akan mengemukakan rayuan selewat-lewatnya esok.
"Kita akan buat rayuan terhadap keputusan dibuat hari ini.
"Saya tidak berpuas hati terhadap hujah dan keputusan hari ini, peguam lawan menggunakan Seksyen 18 (C) untuk menyerang saya," katanya.
Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon Timbalan Presiden adalah tidak sah dan bertentang dengan haknya sebagai ahli parti.
Dalam samannya, beliau menamakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.
Jenapala diwakili peguam James Khong.

0 Komen pengunjong :